Apakah Meditasi Super Sedar

Meditasi Super Sedar adalah satu kaedah meditasi yang tujuannya hanya untuk mencapai ketenangan jiwa. Kaedah ini juga salah satu daripada kelompok meditasi dikenali sebagai Mindfulness Meditation. Ianya adalah suatu proses membawa segala aktiviti minda ke satu arah dan seterusnya menyepikan minda dari fikiran aktif serta bebanan emosi. Setelah mencapai satu tahap super sedar seseorang itu akan mengalami keheningan diri yang memberikannya suatu pengalaman yang membawa kepada kekuatan jiwa serta motivasi diri.

Meditasi Super Sedar yang mudah dan praktikal ini akan membawa seseorang itu kepada empangan kreativiti serta tenaga jiwa tanpa batas yang akan menjadi asas kepada keharmonian fikiran serta menjadi kunci kepada banyak penyelesaian masalah. Ini kerana minda akan mempunyai cukup tenaga dan berada pada tahap kesedaran tertinggi manusia yang membuatkan seseorang itu mempunyai kewaspadaan yang tinggi, kreativiti yang berkualiti. Sementara itu tubuh fizikal akan mendapat rehat yang cukup kerana segala tekanan serta beban emosi yang ditanggung telah keluar melalui minda super sedar. Dengan jiwa yang tenang maka terpancarlah emosi positif yang mampu mengubah corak kehidupan seseorang itu.

Ramai diantara kita tidak mengetahui tentang kewujudan Minda Super Sedar atau Super Conscious Mind. Mungkin jenis minda ini baru untuk masyarakat Malaysia tetapi kini negera luar terutamanya negeri atas angin, minda super sedar telah menjadi trend untuk megubah corak serta taraf hidup baik dari segi kewangan atau lain-lain. Kekuatan jiwa yang dijana oleh minda super sedar sebenarnya adalah modal terpenting manusia. Jika kita menggunakan minda super sedar maka jiwa kita akan mantap dan kental dalam mengharungi apa jua masalah dan ini akan membawa kepada emosi positif yang menjana kepada ketenangan minda.

Segalanya hendaklah bermula dengan ketenangan jiwa setelah itu barulah minda dan fizikal. Inilah yang dikatakan modal utama manusia untuk berjaya dalam apa jua bidang. Bermodalkan inilah kita lihat Ibnu Sina serta, Amam al-Ghazali dan lain-lain cendiakawan berjaya memberi perubahan kepada dunia, mereka kesemuanya mempunyai jiwa yang tenang. Justeru itulah mereka dapat melihat sesuatu perkara itu dengan mendalam hingga melepasi batas akal manusia biasa.

Tujuan yang paling utama Transformasi Jiwa Minda Super Sedar tiada lain adalah memotivasikan diri atau menggerakkan masyarakat supaya jati diri mereka dibangunkan dan segera mencapai kejayaan hidup, agar setiap tindakan-tindakan serta langkah-langkah yang akan diambil sejak bangunnya jati diri merupakan kegiatan positif yang bermanfaat bukan saja untuk diri sendiri tetapi untuk agama, bangsa dan negara.

Manusia terdiri dari dua elemen utama iaitu zahir (fizikal) dan batin. Badan manusia terbentuk pada saat bertemunya sel telur dan sel mani. Pembentukan ini dipengaruhi oleh kekuatan atau energi dari fikiran, perbuatan, makanan dan suhu. Keempat-empat energi ini berinteraksi antara satu sama lain

lalu menghasilkan getaran neutral, positif dan negatif. Getaran tersebut akan memberi pengaruh pada badan. Bila getaran negatif yang mendominasi maka kesihatan seseorang itu akan terganggu. Meditasi merupakan suatu latihan ke arah mengimbangkan keharmonian akal dan perasaan. Meditasi telah lama diamalkan sejak zaman berzaman. Meditasi merupakan cara untuk mengembangkan getaran positif hingga dapat digunakan untuk mencegah dan menyembuhkan penyakit. Secara ilmiah ia telah terbukti sebagai satu jalan penyelesaian pelbagai masalah termasuk pendidikan, kesihatan, kerezekian serta menjana kekuatan minda yang sebenar.

Hasil rumusan dan pengalaman Dr. Azhar, maka terciptalah suatu kaedah yang amat praktikal dalam mengatasi persoalan bebanan fikiran dan perasaan yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dan di mana sahaja iaitu Meditasi Super Sedar. Kaedah Meditasi Super Sedar adalah satu teknik meditasi yang dapat diamalkan oleh semua tanpa dibatasi oleh agama dan kepercayaan. Latihan ini bertujuan untuk menguatkan fikiran melalui latihan konsentrasi agar fikiran lebih sedar dan bijaksana serta harmonis dan akhirnya mencapai kewaspadaan diri (self awareness) yang tinggi.

Semakin kerap kita melakukan meditasi semakin baik pengaruhnya, kerana energi negatif yang dipancarkan dari fikiran dan perasaan negatif dan memenuhi persekitaran akan diimbangi oleh pancaran energi positif sehingga menjadi neutral; pada saat itulah kekuatan negatif akan hilang diganti dengan kekuatan positif yang membahagiakan diri pengamal dan segenap anggota masyarakat.

Dalam program SOUL POWER peserta akan dikenalkan dengan pertukaran tahap kesedaran melalui perubahan frekuensi gelombang otak yang bakal memberikan pengalaman dimensi-dimensi diri yang halus serta mengupas rahsia diri hingga mencapai ectasy jiway ang akhirnya membongkar potensi LUAR BIASA serta jalan takdir yang cerah yang terhasil dari penemuan diri sendiri melalui minda super sedar. Peserta juga akan didedahkan tentang kajian saintifik yang selama ini dianggap misteri bagi sesetengah golongan tanpa mengetahui bahawa ianya adalah satu fenomena biasa apabila kita berjaya menguasai diri sendiri.. Memetik tulisan teman saya bapak setiyo dalam blognya menurut imam Al-Ghazali jika ilmu sampai pada hati, keadaan hati akan berubah, perilaku anggota badan juga akan berubah. Perbuatan mengikut keadaan, keadaan mengikut ilmu, dan ilmu mengikut fikiran. justeru itu fikiran adalah awal kunci kebaikan, jika fikirannya baik maka jalan kehidupannya baik dan fikiran hanya mampu dikuasai sepenuhnya oleh rohani. Maka SOUL POWER adalah titik tolak anjakan paradigma rohani.

Manfaat dari Program Soul Power
Program Soul Power dijamin tidak mengandungi unsur khadam, jin, atau apa jua dampingan kerana ianya berdasarkan kepada kupasan Al-quran dan Sunnah melalui pembuktian saintifik.

Setelah dibongkar segala rahsia yang ada dalam diri manusia melalui kaedah Super Sedar maka anda akan mengetahui:

•Rahsia kekuatan jiwa (ramai yang menyangka minda yang perlu kuat tetapi hakikatnya jika jiwa tidak mantap, semuanya hanya angan-angan belaka) •Rahsia khusyuk dalam ibadah (ramai yang bersolat tetapi hakikatnya tidak kerana waktu itu fikiran mereka ada bermacam-macam cerita)
•Rahsia hakikat kerezekian (ramai yang berdoa minta dimurahkan rezeki tetapi masih juga belum mencapainya, mengapa?)
•Rahsia kehebatan diri (kehebatan fizikal meliputi tubuh dan digunakan untuk memenuhi keperluan. Kehebatan Jiwa melalui kesedaran Ilahiyah dan perasaan cinta terhadap Allah swt mengatasi segala kekuatan. Tak kenal maka tak cinta, hanya pandai berkata-kata

Anda juga akan mula dapat menguasai keadaan sekeliling hasil dari penguasaan diri. Kajian menyatakan bahawa 90% dari kehidupan kita melibatkan orang sekeliling dan jika kita tidak mampu menguasai mereka maka kita akan sering dikuasai mereka dan tidak akan merdeka bahkan sering duduk dalam kotak kegagalan. Program ini akan memberi manfaat yang cepat untuk anda memahami situasi keadaan dan manusia serta menguasai kedua-duanya terutamannya soal kewangan kerana sahabat sebaik mana sekali pun akan merasa takut jika anda tidak mempunyai wang. Anda kini akan mengetahui bagaimana cara mendapatkan wang apabila anda mencipta hubungan anda dengan Allah swt dengan betul.

Corak kehidupan anda akan berubah !!!

Satu program transformasi jiwa yang telah terbukti mampu mengubah anda menjadi seorang yang :

•Hidup penuh semangat, berkeyakinan tinggi serta fokus. •Mampu membuatkan orang menyukai anda dalam masa begitu singkat.
•Dapat mengendalikan serta menguasai diri untuk menghilangkan tabiat buruk, stress dan seumpamanya.
•Mengalami perubahan positif kekal. •Dapat mengupas punca setiap masalah dan menemui jalan keluarnya. •Mempengaruhi orang dalam pelbagai urusan dan pergaulan

Kursus yang akan meningkatkan keupayaan anda menggunakan satu kekuatan yang sudah sedia ada dalam diri anda untuk kejayaan hidup yang anda idamkan. Pelajari kaedah Meditasi Super Sedar yang sangat mudah ini.

En. Zulkefle Latiff salah seorang Trainer dalam Meditasi Super Sedar akan membantu anda langkah demi langkah menguasai ilmu ini untuk kejayaan hidup. Kursus satu hari ini pasti akan memberi kesan yang besar dalam hidup anda selepas ini, kemudian diikuti dengan intensif selama 2 minggu untuk memastikan anda benar-benar menguasai Minda Super Sedar dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

Sesungguhnya Tuhan tidak akan mengubah nasib seseorang itu, melainkan mereka yang mengubah nasib mereka terlebih dahulu. Jadi, ubahlah hidup anda sekarang dengan menyertai Kursus Kuasa Jiwa.

KANDUNGAN

  • Pengenalan
  • Intipati Kursus Kuasa Jiwa
  • Modul Kursus Kuasa Jiwa
  • Siapa Yang Perlu Menghadiri Kursus Kuasa Jiwa
  • 10 Sebab Mengapa Anda perlu Menghadiri Kursus Kuasa Jiwa
  • Soalan Lazim (FAQ)

PENGENALAN

Menurut World Helath Organization (WHO), kesihatan adalah suatu keadaan di mana seseorang berada dalam kesejahteraan secara menyeluruh; yang meliputi kesejahteraan jasmani, mental dan sosial dan bukan hanya terbatas kepada bebasnya seseorang daripada penyakit atau kelemahan. Pemeliharaan kesihatan akan menjadi lebih sempurna apabila kita selalu berfikiran positif, tidur yang berkualiti, senaman yang teratur dan diet seimbang. Salah satu daripada punca kemerosotan kesihatan yang utama adalah disebabkan oleh tekanan (stress). Kajian mendapati 80% hingga 90% masalah kesihatan dan penyakit berpunca daripada tekanan. Justeru ramai di antara kita mengambil pendekatan yang difikirkan terbaik seperti bercuti dan sebagainya. Namun, ramai yang kurang menyedari bahawa kedamaian sebenarnya berada di dalam diri, dan persoalan yang lebih utama ialah bagaimana untuk mencapainya dan memahaminya dengan lebih lanjut. Inilah subjek utama dalam setiap program Soul Power yang kami anjurkan. Hasil rumusan dan pengalaman mendalam Dr. Azhar, seorang kolumnis beberapa majalah informatif maka terciptalah satu kaedah yang amat praktikal dan efektif menggunakan kaedah Minda Super Sedar (Super Conscious Mind). Ianya adalah satu teknik menguasai tekanan(stress) yang dapat dilakukan di mana sahaja dan diamalkan oleh sesiapa sahaja tanpa dibatasi oleh umur, agama dan kepercayaan.

INTIPATI KURSUS KUASA JIWA

1. Mengenal siapa diri anda yang sebenar secara hakiki serta jalan merasa keagungan Allah swt.
2. Mencapai Kejayaan Dengan Kaedah KUASA NIAT yang hakiki
3. Mengenal halangan utama hidup anda
4. Menggunakan Kuasa Super Sedar dan BUKAN BAWAH SEDAR
5. Merasa erti sebenar kekhusyukan beribadah
6. Anda akan menemui punca segala masalah hidup anda
7. Daya self-healing meditasi Islam akan membuang segala unsur negatif yang mengganggu (saka, sihir dan lain-lain)
8. Kunci untuk membuka jalur hakikat kerezekian
9. Formula khusus untuk mempengaruhi manusia dan alam
10.Memberi segala kehebatan minda bawah sedar dengan lebih sempurna menggunakan kaedah minda super sedar.
11.Mendapat setiap kelebihan Meditasi Islam & Paksi Jiwa

MODUL KURSUS KUASA JIWA

Langkah Pertama: Membersihkan kotoran dalaman
Kata pujangga, "kosongkan dahulu gelas sebelum menuang air yang baru"

Sebagai langkah awal kepada transformasi diri, anda perlulah membuang segala sikap negatif yang terpahat pada diri anda.
Anda akan didedahkan….
# Faktor Kekuatan Sebenar untuk Transformasi Diri
# Perbezaan Minda Super Sedar dan Minda Bawah Sedar
# Apakah punca sebenar setiap masalah dan rintangan dalam kehidupan
# Teknik Terkini dan Paling Praktikal
1.) Apakah rahsia kekuatan paling kuat yang dimiliki oleh seorang insan
2.) Bagaimana mencapai titik ketenangan jiwa yang dalam
3.) Bagaimana membuang segala permasalahan
4.) Bagaimana mencapai syurga dunia

Langkah Kedua: Membetulkan rantai arahan.
Pada tahap ini anda akan mendapat satu momentum kekuatan jiwa yang kuat. Tenaga Kekuatan Jiwa ini akan membawa anda kepada jalan keluar untuk setiap permasalahan yang selama ini membebankan anda. Anda akan dilatih untuk menjadi
Khalifah kepada diri sendiri dan memastikan segala arahan diikuti oleh bio-komputer anda agar tiada lagi emosi murahan
yang membebankan.
Anda akan mempelajari...
# Gelombang otak dan impaknya dalam kehidupan
# Mengenali ego dan jalan kemasukannya
# Apakah risiko melakukan program minda bawah sedar dan kaedah untuk mengelakkannya

Langkah Terakhir: Melaksanakan impian
Jiwa anda yang sebenarnya akan menjadikan siapa anda. Dalam fasa terakhir ini anda akan dilatih untuk menjadikan setiap detik kehidupan tidak lagi terhalang dengan beban masalah secara otomatik. Anda akan didedahkan kupasan formula asas Soul Power dalam menangani setiap masalah yang datang. Satu formula yang akan memberi jalan keluar untuk setiap masalah.

Akhirnya walau seberat mana masalah yang menimpa anda masih tersenyum kerana setiap masalah PASTI ada jalan keluarnya dan anda telah pun melihat jalan keluarnya.
Anda juga akan diajar…
# Elemen kuasa jiwa dan formula bagaimana anda mencapai takdir anda
# Bagaimana berjalan di takdir yang baik secara otomatik dan melakukan pemasaran spiritual
# Bagaimana merasai erti sebenar hidup berTuhan

SIAPA YANG PERLU MENYERTAI KURSUS KUASA JIWA

•Mereka yang inginkan transformasi diri - SP akan mengubah anda menjadikan anda seorang baru, yang begitu positif dalam hidup dengan formula yang MUDAH dan PRAKTIKAL

•Mereka yang stress - SP akan mencantas akar yang menyebabkan tekanan dalam hidup anda dan stress kini adalah mainan hidup yang amat mudah dikendalikan

•Mereka yang mempunya banyak masalah - setiap manusia pasti mempunyai masalah. SP akan mengajar anda satu kunci untuk membongkar setiap masalah agar anda dapat menyelesaikannya. Menyertai SP adalah langkah pertama untuk menyelesaikan apa jua masalah yang anda hadapi.

Mereka yang ingin hidup berjaya dan bermakna - SP merupakan satu bengkel untuk mengupas erti kejayaan dan perlunya hidup bermakna. Wang tidak boleh membeli kebahagian namun jika tiada wang anda akan lebih bermasalah dan bahagia menghindar... SP ada formulanya untuk mendapatkan keduanya, bahagia dan wang.

Mereka yang terlibat dalam perniagaan - SP membentuk anda untuk menjadi seorang decision maker yang dapat menggunakan intuisi yang tepat. Keputusan yang tepat adalah satu keperluan dan perniagaan. SP juga akan membongkar rahsia asas memasarkan produk atau diri anda secara spiritual melalui kaedah pemasaran spiritual soul power. Biarkan kekuatan jiwa anda yang memasarkan produk anda.

•Mereka yang kurang keyakinan diri - SP akan mengajar anda bagaimana untuk mencapai kekuatan ruh yang akan menjadikan anda seorang yang berkeyakinan tinggi dan mampu menguasai diri sendiri. Orang yang boleh menguasai diri sendiri akan mampu menguasai yang lain.

•Mereka yang inginkan ibadah yang berkualiti - SP adalah kaedah minda super sedar yang berteraskan kepada kecintaan kepada Allah swt 100%. Justeru anda akan mengerti mengapa selama ini anda tidak khusyuk dan mengapa keyakinan anda kepada Allah swt kurang walaupun mulut anda mengatakan yang anda yakin. Anda juga akan mengetahui apakah yang dipanggil memerangi nafsu secara praktikal.

Mereka yang mengalami sakit - SP sudah terbukti dapat membawa peserta dan pengamalnya bertemu dengan ubat yang serasi untuk mengubati penyakit yang mereka hidapi. SP bukan mengubat tetapi membawa pengamalnya untuk bertemu ubat yang sesuai dengan penyakit mereka.

10 SEBAB MENGAPA ANDA PERLU MENGHADIRI KURSUS INI

1. Mudah:
Tanpa mengira usia, budaya mahupun latarbelakang, Soul Power adalah satu kaedah yang begitu MUDAH tanpa memaksa diri dan dapat dilakukan di mana sahaja.
2. Perubahan Segera:
Perubahan positif lazimnya dapat dirasai dalam masa 24 jam atau seminggu.
3. Fikiran Lebih Jernih:
Mengembang serta mendayagunakan seluruh keupayaan minda yang selama ini dibayangi oleh ego. Minda Super Sedar berupaya meningkatkan kreativiti serta mengajar teknik berfikir di ‘luar kotak’ fikiran untuk penyelesaian masalah (problem solving).
4. Lebih Sihat:
Meningkatkan keupayaan tubuh secara fizikal dan mental, daya tahan penyakit, awet muda serta lebih bertenaga.
5. Hubungan Lebih Bermakna:
Nikmati hubungan sesama insan dengan lebih tenang, tanpa prasangka, prejudis dan bebas dari sebarang tekanan (stress).
6. Keharmonian yang Kekal:
Mampu menpengaruhi keharmonian dengan keupayaan merendahkan gelombang fikiran di persekitaran anda dan mewujudkan suasana yang bebas tekanan (stress).
7. Peningkatan Sahsiah Diri:
Alami tahap kesedaran yang paling hening dalam diri serta
mencapai pencerahan diri.
8. Kejayaan Tanpa Tekanan (Stress):
Setiap tindakan yang diambil tepat dengan daya intuitif
yang tinggi
9. Ilmu yang Tak Ternilai:
Minda Super Sedar merupakan teknik pengembangan diri yang terbukti secara saintifik mampu memberi impak positif
kepada perubahan dan penguasaan diri.
10.Transformasi Diri:
Mengubah diri menjadi apa yang anda inginkan dan hidup dengan penuh positif dan berTuhan.


SOALAN LAZIM (FAQ)

Mengapa Meditasi Islam?

Meditasi Islam amat berbeza dengan meditasi biasa. Antara yang jelas dan ketara ialah penggunaan MINDA SUPER SEDAR (super consious mind). Meditasi biasa yang sering anda dengar, menggunakan kaedah minda bawah sedar. Peserta perlu membuat pembayangan ketika bermeditasi bahkan ada yang diminta mengosongkan fikiran. Apa yang terjadi ialah peserta gagal dalam bermeditasi. Meditasi Islam menjanjikan satu kepuasan kerana ia menggunakan kaedah yang paling mudah, paling efektif dan paling praktikal serta tidak perlu pembayangan atau pengosongan fikiran. Hasilnya amat menakjubkan kerana anda mampu mengupas rahsia meditasi dan kekuatan jiwa serta menggunakannya untuk pelbagai tujuan melalui kaedah kuasa niat dalam tempoh yang singkat

Apakah Paksi Jiwa?

Paksi Jiwa adalah satu kaedah penguasaan diri yang menggabungkan teknik-teknik sains kejiwaan, sains neuro serta minda super sedar. Ianya amat mudah dan praktikal kerana keselarasan minda super sedar dapat memberi kesan yang lebih efektif dari minda bawah sedar.

Apakah Minda Super Sedar?

Minda Super Sedar adalah kesedaran tertinggi manusia dan perlu dilatih oleh mereka yang bertauliah dan mahir seperti kami. Kami telah melatih Minda Super Sedar sejak dari tahun 2000. Ianya amat mudah serta praktikal daripada minda bawah sedar kerana peserta tidak perlu memggunakan pembayangan objek. Dalam minda bawah sedar peserta perlu memerah otak untuk membuat pembayangan dan ini amat bertentangan dengan minda super sedar yang menggunakan kaedah kuasa niat.

Apakah Kaedah Kuasa Niat?

Dalam sistem latihan kami, peserta akan diperkenalkan satu kaedah pantas untuk berjaya dalam segala hal iaitu kaedah kuasa niat. Ianya bukan seperti niat biasa yang anda lakukan tetapi kaedah niat dalam minda super sedar yang mampu menjadikan niat anda satu realiti. Paling penting anda boleh melakukannya di mana sahaja tanpa perlu bersusah payah untuk membuat pembayangan seperti yang berlaku dalam minda bawah sedar. Kaedah ini tidak perlu latihan kerana anda sering berniat dari kecil hingga kini cuma kini anda berniat dalam kaedah-kaedah tertentu dan niat anda insya Allah akan menjadi kenyataan

Adakah Paksi Jiwa Sama Dengan Hypnosis Dan Ilmu Pengasihan?

TIDAK, ianya tidak sama dengan hypnosis kerana hypnosis memerlukan memerlukan subjek menerima sugesti pengamal secara sukarela tanpa paksaan. Seterusnya hypnosis hanya akan bekerja pengamal berjaya untuk membawa subjek ke minda bawah sedar. Jelas sekali ia tidak praktikal kerana jika kita berurusan dengan orang ramai tidak mungkin kita dapat mengkhayalkan mereka sebelum membuat sugesti. Paksi Jiwa sebaliknya begitu praktikal kerana pengamal tidak perlu membuat subjek khayal (separuh sedar) kerana ianya terus dapat mempengaruhi subjek agar dapat menerima cadangan pengamal. Dalam ilmu pengasih atau magnetism, subjek mungkin tertarik kepada pengamal tetapi belum tentu dapat menerima cadangan pengamal. Kekuatan Paksi Jiwa ialah kemampuannya mempengaruhi subjek agar memudahkan urusan.

Bolehkah Ianya Digunakan Untuk Pelbagai Tujuan?

BOLEH, kerana ianya teknik yang multifungsi. Jika anda seorang yang gemar melakukan pengubatan secara alternatif, anda mampu melakukan imbasan (scanning) melalui kaedah kuasa niat, jika anda seorang jurujual anda mampu mengubah tanggapan pembeli terhadap barangan anda, jika anak anda nakal anda mampu mengubah sikap anak anda dalam masa yang singkat bahkan anda mampu membuka rahsia kecurangan pasangan. Tetapi jika anda mempunyai tujuan buruk atau merosakkan ianya tidak akan berhasil kerana minda super sedar tidak menerima sifat negatif bahkan akan merosakkan fikiran anda sendiri.

Apakah Perbezaan Kursus Meditasi Islam Dan Paksi Jiwa?

Secara mudah Kursus Meditasi Islam lebih mengutamakan kemantapan jiwa dan rohani dan Paksi Jiwa adalah kursus yang mencorak hubungan anda sesama manusia. Jika keduanya digabungkan anda akan dapat mencapai suatu kekuatan jiwa dan mampu mengubah corak kehidupan untuk menjadi manusia yang berjaya dunia dan akhirat, insya Allah. Minda yang positif tanpa jiwa yang mantap serta teknik yang canggih tidak mampu memberikan hasil yang anda inginkan.

Bila Saya Boleh Gunakan Teknik Meditasi Islam atau Paksi Jiwa?

Sejurus selepas mengikuti kursus sehari dari jam 9.30am hingga 5.30pm anda dapat terus menggunakannya.

Adakah Amalan Atau Bacaan Tertentu Untuk Diamalkan?

Anda harus mengikuti latihan jiwa murni yang kami ajar untuk memaksimakan hasil yang anda inginkan. Ianya amat mudah kerana ianya bukan tenaga dalam atau minda bawah sedar. Dari segi bacaan, sebagai seorang Islam anda perlu melazimkan amalan-amalan surah lazim yang anda sering amalkan seperti al-fatihah dan lain-lain. Tetapi ianya bukan kemestian.


BORANG PENDAFTARAN KURSUS

Nama:
Email:
No Tel
Perkerjaan
Tempat Tinggal
Apakah Objektif Anda Menghadiri Kursus Kuasa Jiwa
Pengesahan Bayaran (Sila masukkan Nama,Tarikh Bayaran,Masa,Bank)
Pertanyaan

form creator